Monday, February 20, 2012

Leaders are Readers





Assalamualaikum semua,


Hari nie Along sajer nak berkongsi mengenai satu teori yg boleh dikatakan praktikal iaitu leaders are readers.


Di kesempatan ini, Along ingin menyeru kepada semua supaya mengamalkan sifat membaca, kajian menunjukkan hampir semua ketua di dunia ini mmg banyak membaca. Dalam islam juga menggalakkan kita semua membaca. Bacalah, bacalah dgn nama tuhanmu. Membaca kita boleh amalkan tak kira bidang apa yg kita ceburi, sama ada berniaga, bekerja tambahan lagi dalam belajar.


Secara logiknya, sesiapa yg menjadi ketua hendaklah lebih banyak membaca berbanding org bawahannya, jika tidak takut kena tipu jer. Marilah sama-sama kita semaikan tabiat membaca bukan hanya utk dunia malahan bekalan kita di akhirat juga. Utk akhirat kita boleh membaca Al-quran atau hadis-hadis nabi yg bersifat sahih atau fada'el amal.

Setiap bulan, jika ada duit lebih apa salah membeli buku-buku bersifat ilmiah, ini adalah kerana manfaat yg kita dapati dari buku tersebut adalah lebih besar berbanding harga buku yg kita bayar.



Wallahuakalam



* Cintailah rasullullah, kerana kita akan bersama dengan org yg kita cintai di akhirat nanti....

Thursday, February 2, 2012

Bersungguh-sungguh dan terbaik dalam setiap pekerjaan



Assalamualaikum semua,


Terasa mcm nak berkongsi mengenai melakukan sesuatu pekerjaan dgn bersungguh-sungguh dan terbaik, mmg sesetengah org mempunyai masalah hendak buat sesuatu dgn bersungguh-sungguh dan terbaik (termasuk diri sendiri :)), mungkin peringkat abg-abg telah expert dlm perkara ini, cuma kalau dah tahu sekadar info sahaja lah. Perkara ini boleh diapplykan dalam setiap aspek kehidupan kita.



Apabila kita buat sesuatu pekerjaan, setiap masa, hatta di mana-mana sekalipun kita biasakan diri buat kerja bersungguh-sungguh dan terbaik. jadi perkara tersebut lama-lama kelamaan akan jadi satu habit bagi kita, maka pada masa itu setiap pekerjaan yg kita lakukan secara semulajadi akan dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terbaik. Perkara ini juga boleh dilatih permulaannya di rumah. Pekerjaan yg dilakukan secara bersungguh-sungguh sebenarnya adalah selari dgn perintah Allah Taala yg menyuruh umatnya berjihad dalam setiap pekerjaan yg dilakukan.



Tidak lupa jika ibadah kita kepada kepada Allah harus dilakukan secara terbaik dan bersungguh-sungguh utk mengimbangi usaha kita di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya dunia adalah jambatan kita ke akhirat yg bersifat kekal.



Setiap nasihat ibu-bapa hendaklah kita fahami secepat yg mungkin, lagi cepat kita memahami apa yg cuba disampaikan oleh ibu-bapa kita(between the line), maka semakin cepatlah proses kematangan kita. Apa yg baik kita jadikan panduan, apa yg tidak baik dan tidak sesuai kita jadikan sempadan. Semoga Allah buka pintu hijab akal dan hati kita dlm meniti proses kehidupan, insya'allah dan melakukan yg terbaik.





Wallahuaklam



Ijud78

Tuesday, December 13, 2011

Konsep bertanya




Assalamualaikum semua,

Hari ini terasa nak berkongsi sedikit mengenai konsep berdikari melalui pengalaman, Di sini ciri orang yg berdikari kita boleh senaraikan:

Bergantung kepada Allah (Manusia jenis ini adalah manusia yg paling smart dan tidak terlalu bergantung kepada manusia, tetapi jika kita lihat dalam sejarah dahulu, Nabi Muhammad adalah manusia yg paling smart juga kadangkala bertanya kepada para sahabat jika berhadapan dgn masalah, walaupun nabi muhammad direct diberi wahyu oleh Allah, itu menandakan sifat bertanya adalah penting)

Pandai berkomunikasi dan bersosial dengan sesiapa sahaja ( Skill ini penting utk memudahkan kita bertanya dgn sesiapa sahaja), skill ini kita boleh praktikkan di dalam environment kerja dan belajar. Jgn lupa sifat ikhlas juga adalah penting dalam berkomunikasi.

Bertanya jika mempunyai masalah yg tidak dapat diselesaikan dan telah berusaha (Tiada kesan negatif dalam bertanya, research dalam google telah dibuat, kesan negatif hampir kepada sifar, tetapi dalam bertanya kita perlu mengelak dari menyakiti hati org lain-kena pandai-pandai la :), jgn pula ketika kawan tengah sibuk kita bertanya atau terlalu bertanya soalan-soalan yg bersifat general(melainkan jika terpaksa), Along pernah juga berjumpa dgn org yg apabila kita bertanya, dia akan menjawab, ko cari lah sendiri pada Pak Cik Google, manusia jenis ini mmg wujud, tetapi kita tidak boleh salahkan mereka, cuba cari rakan-rakan yg agak supportive(tidak mustahil dgn bantuan Allah).

Apabila telah berjaya, jgn pula kita bersifat sombong dan bongkak, kita harus sedar kejayaan kita sekarang ialah hasil bantuan rakan-rakan, keluarga dan sebagainya, cuba kita contribute balik kepada masyarakat mengikut kemampuan kita, jgn kita menganggap kejayaan adalah milik mutlak kita, itu adalah satu konsep yg kurang tepat, jgn lupa kepada org2 yg telah berjasa kepada kita dengan izin Allah. Sifat lupa ini kita elakkan, ingat rezeki yg kita dapati datangnya dari Allah, bila2 masa tuhan boleh ambil kembali.

Tidak lokek ilmu jika ada org bertanya kepada kita, jika kita menolong org lain, Allah akan menolong kita. Tidak menganggap org bertanya itu sebagai satu beban bagi kita.

Semoga pengalaman kongsikan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat pd sekalian, mungkin ada yg telah tahu, mana yg kurang tahu mungkin boleh amik pengajaran, cuma ringkaskan dalam bentuk yg agak berstruktur. Semoga ilmu ini dapat kita sebarkan kepada yg lain.

Wallahuaklam

Thursday, September 8, 2011

Motivasi Dalam Menuntut Ilmu


Assalamualaikum semua,

Nak share sikit motivasi mengenai menuntut ilmu, harap dapat manfaat:



1. Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa darjat (Al-Mujadallah : 11)

2. samakah orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu (Az-Zumar : 9)

3. Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)

4. Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah:269)

5. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina- hadis

6. Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-laki mahupun perempuan. (HR. Ibn Abdulbari)


7. Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula. (HR. Bukhari dan Muslim)

8. Sesungguhnya orang-orang yg bertakwa di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yg diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu(di dunia) adalah orang yg berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam meminta ampun. [Az Zariyat 51 : 15 -18]


Sekian, terima kasih

Wednesday, July 27, 2011

If you feel........




If you feel problem and need solution,
I have some suggestion to u:

1.You must upgrade your know ledged
2.You must broaden your communication
3.You must upgrade your experience
4.You must increased rational thinking
5.You must increased thankful to Allah
6.Increased your patient
7.Smile….smile….smile…
8.Increased your effort
9.Think positive
10.Keep your ego as lowest as possible
11.Be sincere to yourself and other person.
12.Help other person, Allah will help you.
13.Keep your mind longer.
14.Keep yourself in balanced condition. (emotionally, physically and spiritually)
15.Less dependency on people
16.Try to understand other people problem.
17.Keep your problem as small as possible
18.Sometimes, it is normal, not a problem.
19.Be a matured guy.
20.Be happy!
21.Be friendly.
22.Be open (except shariah barriers), can accept positive comment and suggestion.

Always keep in mind that Allah will help you, For sure any problem have solution. The solution is at the end of the road.

Wassalam, may Allah Bless

Rebutlah 5 sebelum 5.




Assalamualaikum,

Hari ni terpanggil memberi sedikit suntikan motivasi kepada semua mengenai ingat 5 sebelum 5, jika kita menghayati perkara ini, kita mampu utk menyemai sifat-sifat mahmudah dalam hidup kita. Seterusnya , kita dapat menjalani kehidupan yg berkualiti.
Apa yg abg Janggut maksudkan ialah:
1. Muda Sebelum Tua
2. Kaya Sebelum Miskin
3. Lapang Sebelum Sibuk
4. Hidup Sebelum Mati
5. Sihat Sebelum Sakit

Ini berdasarkan hadis
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Lakukanlah perkara-perkara berfaedah utk diri, keluarga, masyarakat dan agama sementara kita masih muda, kaya, lapang dan sihat. Berusahalah utk dunia dan akhirat, janganlah kita bersikap lalai dan alpa kerana masa tidak pernah menunggu kita. Sebaliknya kita haruslah bersaing dengan masa dan diri sendiri. Di dalam Al-quran sendiri, Allah bersumpah dengan masa, ini menunjukkan sesiapa yg tidak menggunakan masa dgn sebaiknya, ditakuti akan rugi di dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat manfaat dari artikel di atas.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 20, 2011

Kelebihan Bersyukur




Salam Rakan-rakan,
Pada hari nie, nak kongsikan mengenai sifat syukur, banyak kelebihan jika mengamalkan sifat syukur, belum lagi berjumpa dalam mana-mana rujukan mengenai kelemahan dan kekurangan mengamalkan sifat syukur, oleh itu marilah kita mengamalkan sifat syukur.

Saban hari kita hidup di dunia ini, sedar atau tidak, banyak sungguh nikmat yg kita terima, dan nikmat yg diberikan oleh Allah itu tidak juga perlu kita bayar. Semua diberikan oleh Allah secara percuma. Jika kita ingin mengira nikmat Allah, “confirm” tidak terkira banyaknya. Adalah lebih malang jika hanya sedar sesuatu nikmat tersebut setelah kita kehilangannya.

Percaya atau tidak jika kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat kepada kita, sebaliknya jika kita kufur Allah akan turunkan azab yang pedih kepada kita. Tambahan pula jika bersyukur hati kita akan bertambah tenang dan mampu utk mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya jika kita kufur pula, maka tunggulah azab Allah yg amat pedih sedia menunggu. Lalai dan leka dengan nikmat pemberian Allah adalah satu contoh boleh menyebabkan kita kufur kepada Allah. Pengajaran ini dipetik dari ayat Al-Quran Surah An-Nahl, ayat 18.

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 5:
Sesungguhnya yg demikian itu, mengandungi tanda-tanda yg menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seseorang yg kuat bersabar lagi kuat bersyukur.

Kita hendaklah bersyukur dgn apa yg kita dan terus berusaha. Terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yg menjelaskan mengenai kelebihan sesiapa yang mengamalkan sifat syukur. Jika kita mampu mengetahui kepentingan syukur dalam hidup kita pasti kehidupan org mukmin akan lebih sempurna dgn izin Allah. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua.

Sekian, Wassalam