Wednesday, June 20, 2012

Bersedia Menerima kritikan


Assalamualaikum,

Hari nie rasa nak share mengenai kritikan, kita hendaklah sentiasa bersedia menerima kritikan yg datang kepada kita. Tak kira kritikan itu datang dari bos, rakan, adik-beradik, orang bawahan atau pasangan masing-masing. Ini adalah penting dalam kita memajukan diri kita seterusnya orang lain dan seterusnya mendapat kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Apa akan jadi jika kita tidak bersedia menerima kritikan? apa yg jelas jika kita tidak bersedia menerima kritikan dalam apa jua keadaan dan tujuan maka kita akan menerima sedikit kejutan dan masalah jangka panjangnya mungkin kita akan mengalami masalah sosial.

Jika kita hendak membuat kritikan membina pula pastikan bahawa kritikan itu ditujukan kepada perangai individu tersebut dan bukannya bersifat peribadi atau personal. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua, insya'allah

Wallahuaklam

TQ
Best Rgds

Along

Friday, June 15, 2012

Bahayanya penyakit Hati


Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,





Check diri kita setiap hari (ada tak unsur-unsur nie):
1.       Cinta dunia
2.       Tamak
3.       Kedekut
4.       Riak
5.       Pemarah
6.       Ego
7.       Pendendam
8.       Hasad Dengki
9.       Buruk Sangka
10.   Tidak sabar

Jika ada akui(admit) dahulu, kemudian ubatinya :), jgn bersikap denial

Cara mengubati penyakit hati:


1.       Bacalah Al-Quran dan menghayati isi kandungannya
2.       Berpuasa atau mengosongkan perut
3.       Bangun dan beribadat pada waktu malam
4.       Menghampirkan diri kepada Allah
5.       Berzikir berpanjangan
6.       Sentiasa berada di dalam majlis orang-orang yg soleh

 Punca penyakit hati
1.       Ilmu yang tidak bermanfaat (ilmu yg tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah)
2.       Hati yg tidak khusyuk (sukar menangis, ibadat tidak mempengaruhi perilakunya)
3.       Memiliki nafsu yg tidak pernah kenyang
4.       Doanya tidak diangkat dan didengar oleh tuhan

Banyak kesan negatif jika kita mempunyai penyakit hati, satu contoh ialah kita mungkin mengalami masalah sosial, itu belum cerita masalah yg bakal dihadapi di akhirat :)

Wallahuaklam, semoga kita semua mendapat kebahagian di dunia dan akhirat dan dimatikan dalam iman, insya'allah