Wednesday, June 20, 2012

Bersedia Menerima kritikan


Assalamualaikum,

Hari nie rasa nak share mengenai kritikan, kita hendaklah sentiasa bersedia menerima kritikan yg datang kepada kita. Tak kira kritikan itu datang dari bos, rakan, adik-beradik, orang bawahan atau pasangan masing-masing. Ini adalah penting dalam kita memajukan diri kita seterusnya orang lain dan seterusnya mendapat kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Apa akan jadi jika kita tidak bersedia menerima kritikan? apa yg jelas jika kita tidak bersedia menerima kritikan dalam apa jua keadaan dan tujuan maka kita akan menerima sedikit kejutan dan masalah jangka panjangnya mungkin kita akan mengalami masalah sosial.

Jika kita hendak membuat kritikan membina pula pastikan bahawa kritikan itu ditujukan kepada perangai individu tersebut dan bukannya bersifat peribadi atau personal. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua, insya'allah

Wallahuaklam

TQ
Best Rgds

Along

No comments: