Wednesday, July 27, 2011

Rebutlah 5 sebelum 5.




Assalamualaikum,

Hari ni terpanggil memberi sedikit suntikan motivasi kepada semua mengenai ingat 5 sebelum 5, jika kita menghayati perkara ini, kita mampu utk menyemai sifat-sifat mahmudah dalam hidup kita. Seterusnya , kita dapat menjalani kehidupan yg berkualiti.
Apa yg abg Janggut maksudkan ialah:
1. Muda Sebelum Tua
2. Kaya Sebelum Miskin
3. Lapang Sebelum Sibuk
4. Hidup Sebelum Mati
5. Sihat Sebelum Sakit

Ini berdasarkan hadis
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Lakukanlah perkara-perkara berfaedah utk diri, keluarga, masyarakat dan agama sementara kita masih muda, kaya, lapang dan sihat. Berusahalah utk dunia dan akhirat, janganlah kita bersikap lalai dan alpa kerana masa tidak pernah menunggu kita. Sebaliknya kita haruslah bersaing dengan masa dan diri sendiri. Di dalam Al-quran sendiri, Allah bersumpah dengan masa, ini menunjukkan sesiapa yg tidak menggunakan masa dgn sebaiknya, ditakuti akan rugi di dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat manfaat dari artikel di atas.

Sekian, terima kasih.

No comments: