Wednesday, July 13, 2011

Perkahwinan Kerana Allah

Salam semua,

Alhamdulillah berjumpa lagi kita hari ini, ha ha.

Hari nie bukan apa, abg janggut nak cerita sikit mengenai perkahwinan. wow, I like.
Dalam meniti perkahwinan ini, banyak sifat yg perlu kita tanamkan, ewah...

Artikel ini, mungkin sesuai, utk yg bujang(tambah ilmu) dan tak kurang juga yg sedang melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan lelaki adalah ujian utk perempuan dan perempuan pula adalah ujian utk lelaki.

Jadi sifat pertama yg perlu kita tanamkan adalah sifat sabar, lelaki kena la main peranan, sebab lelaki berorientasikan akal, manakala perempuan berorientasikan emosi.
Lelaki kena la bawa banyak2 bersabar di atas kerenah isteri dan juga sebaliknya.
Ini adalah kenyataan yg harus diterima.

Pada masa ini, sudah tentu fokus utama adalah utk mendidik anak-anak agar menjadi insan yg soleh dan solehah. Kasih sayang juga adalah satu faktor yg penting dlm perkahwinan. Isteri perlukan kasih -sayang dari suami, suami perlulah bersikap adil terhadap isteri. Kasih sayang dari segi zahir dan batin. Jgn pula mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri.

lagi satu, sebelum terlupa, perhubungan dgn mak mentua harus dijaga dgn sebaik-baiknya, jika tidak pasangan kita mungkin akan berkecil hati.

kesimpulannya, membina keluarga adalah susah, jika kita hendak meruntuhkannya adalah sangat mudah(dlm sekelip mata). renung-renungkanlah. Kesan penceraian lebih dirasakan oleh anak-anak.

Wallahu aklam

No comments: