Tuesday, July 19, 2011

Menjaga Hati Mak dan Pak Mentua






Assalamualaikum Rakan-rakan sekalian,

Hari nie nak cerita sikit mengenai bagaimana nak menjaga hati mak dan pak mentua kita. Tips ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang masih bujang bukan apa untuk menyiapkan diri dalam menghadapi perkahwinan, tetapi juga sesuai untuk mereka yang sedang melayari bahtera rumahtangga.

Yang pertama, kita sebagai menantu haruslah sentiasa bersangka baik terhadap mentua kita. Ini penting untuk mendapatkan komunikasi yang berkesan.

Yang kedua pula, jika mentua menegur kita, hendaklah kita menerima dgn berlapang dada dengan teguran itu. Fikirkan perkara positif berkenaan teguran itu. Mungkin perkara yang ditegur itu ada hikmahnya pada masa akan datang.

Yang ketiga, sentisa merendahkan diri kita kepada mak mentua dan keluarga, jgnlah meninggi diri walau kita berpangkat besar.

Yang keempat, cubalah bawa berborak dengan mentua, mudah-mudahan, dengan cera begitu keserasian akan timbul.

Banyak lagi tips yang boleh diaplikasikan.

Selamat beramal

Abg Janggut

No comments: