Thursday, February 2, 2012

Bersungguh-sungguh dan terbaik dalam setiap pekerjaan



Assalamualaikum semua,


Terasa mcm nak berkongsi mengenai melakukan sesuatu pekerjaan dgn bersungguh-sungguh dan terbaik, mmg sesetengah org mempunyai masalah hendak buat sesuatu dgn bersungguh-sungguh dan terbaik (termasuk diri sendiri :)), mungkin peringkat abg-abg telah expert dlm perkara ini, cuma kalau dah tahu sekadar info sahaja lah. Perkara ini boleh diapplykan dalam setiap aspek kehidupan kita.



Apabila kita buat sesuatu pekerjaan, setiap masa, hatta di mana-mana sekalipun kita biasakan diri buat kerja bersungguh-sungguh dan terbaik. jadi perkara tersebut lama-lama kelamaan akan jadi satu habit bagi kita, maka pada masa itu setiap pekerjaan yg kita lakukan secara semulajadi akan dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terbaik. Perkara ini juga boleh dilatih permulaannya di rumah. Pekerjaan yg dilakukan secara bersungguh-sungguh sebenarnya adalah selari dgn perintah Allah Taala yg menyuruh umatnya berjihad dalam setiap pekerjaan yg dilakukan.



Tidak lupa jika ibadah kita kepada kepada Allah harus dilakukan secara terbaik dan bersungguh-sungguh utk mengimbangi usaha kita di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya dunia adalah jambatan kita ke akhirat yg bersifat kekal.



Setiap nasihat ibu-bapa hendaklah kita fahami secepat yg mungkin, lagi cepat kita memahami apa yg cuba disampaikan oleh ibu-bapa kita(between the line), maka semakin cepatlah proses kematangan kita. Apa yg baik kita jadikan panduan, apa yg tidak baik dan tidak sesuai kita jadikan sempadan. Semoga Allah buka pintu hijab akal dan hati kita dlm meniti proses kehidupan, insya'allah dan melakukan yg terbaik.





Wallahuaklam



Ijud78

No comments: