Monday, February 20, 2012

Leaders are Readers





Assalamualaikum semua,


Hari nie Along sajer nak berkongsi mengenai satu teori yg boleh dikatakan praktikal iaitu leaders are readers.


Di kesempatan ini, Along ingin menyeru kepada semua supaya mengamalkan sifat membaca, kajian menunjukkan hampir semua ketua di dunia ini mmg banyak membaca. Dalam islam juga menggalakkan kita semua membaca. Bacalah, bacalah dgn nama tuhanmu. Membaca kita boleh amalkan tak kira bidang apa yg kita ceburi, sama ada berniaga, bekerja tambahan lagi dalam belajar.


Secara logiknya, sesiapa yg menjadi ketua hendaklah lebih banyak membaca berbanding org bawahannya, jika tidak takut kena tipu jer. Marilah sama-sama kita semaikan tabiat membaca bukan hanya utk dunia malahan bekalan kita di akhirat juga. Utk akhirat kita boleh membaca Al-quran atau hadis-hadis nabi yg bersifat sahih atau fada'el amal.

Setiap bulan, jika ada duit lebih apa salah membeli buku-buku bersifat ilmiah, ini adalah kerana manfaat yg kita dapati dari buku tersebut adalah lebih besar berbanding harga buku yg kita bayar.



Wallahuakalam



* Cintailah rasullullah, kerana kita akan bersama dengan org yg kita cintai di akhirat nanti....

No comments: