Sunday, April 22, 2012

Persaingan dan Keutamaan





Assalamualaikum rakan blogger sekalian,

Hari ini nak berkongsi sedikit mengenai persaingan, banyak kelebihan jika kita bercerita mengenai persaingan, persaingan haruslah sentiasa dipandang sudut yg positif, jgn sesekali dicampur-adukkan persaingan dgn hasad dengki yg boleh merosakkan organisasi dan menjatuhkan org lain.

Sebagai contoh sebagai seorang ketua, akan merasa gembira jika anak-anak buahnya bersaing secara sihat di tempat kerja, masing-masing cuba menunjukkan kemampuan masing-masing yg pada akhirnya akan dijadikan ukuran KPI(key performance indicator) utk kenaikan gaji ataupun bonus masing-masing. Persaingan haruslah dilihat dalam perpektif yg positif di mana kita memerlukan persaingan dan tekanan yg sederhana utk terus maju dan melangkah kehadapan. Ini adalah penting dlm kerja dan kehidupan umumnya. Persaingan juga adalah penting utk memajukan satu-satu organisasi tersebut utk terus bergerak ke hadapan. Walaupun wujud persaingan, rakan tetap rakan, hubungan sbg rakan tidak akan putus sampai bila-bila.


Priority juga adalah satu konsep yg penting, di dalam proses kita bekerja konsep priority adalah penting utk diamalkan, ini utk mengelakkan kita membuang masa dgn membuat perkara-perkara yg kurang berfaedah. Senario di tempat kerja, yg mana bos menyuruh utk membuat sesuatu kerja, jadi konsep priority amatlah penting utk diamalkan di mana facebook dan kerja mana yg lagi penting, nak ikut kemahuan mmg la facebook, tapi selepas difikirkan dari segi priority, membuat kerja adalah jauh lebih penting, jadi kita akan lebih fokus dalam melakukan kerja tersebut. Dalam. Konsep priority juga kita boleh praktikkan di rumah juga bersama anak dan isteri.


Wallahuaklam

No comments: