Tuesday, December 13, 2011
Konsep bertanya
Assalamualaikum semua,
Hari ini terasa nak berkongsi sedikit mengenai konsep berdikari melalui pengalaman, Di sini ciri orang yg berdikari kita boleh senaraikan:
Bergantung kepada Allah (Manusia jenis ini adalah manusia yg paling smart dan tidak terlalu bergantung kepada manusia, tetapi jika kita lihat dalam sejarah dahulu, Nabi Muhammad adalah manusia yg paling smart juga kadangkala bertanya kepada para sahabat jika berhadapan dgn masalah, walaupun nabi muhammad direct diberi wahyu oleh Allah, itu menandakan sifat bertanya adalah penting)
Pandai berkomunikasi dan bersosial dengan sesiapa sahaja ( Skill ini penting utk memudahkan kita bertanya dgn sesiapa sahaja), skill ini kita boleh praktikkan di dalam environment kerja dan belajar. Jgn lupa sifat ikhlas juga adalah penting dalam berkomunikasi.
Bertanya jika mempunyai masalah yg tidak dapat diselesaikan dan telah berusaha (Tiada kesan negatif dalam bertanya, research dalam google telah dibuat, kesan negatif hampir kepada sifar, tetapi dalam bertanya kita perlu mengelak dari menyakiti hati org lain-kena pandai-pandai la :), jgn pula ketika kawan tengah sibuk kita bertanya atau terlalu bertanya soalan-soalan yg bersifat general(melainkan jika terpaksa), Along pernah juga berjumpa dgn org yg apabila kita bertanya, dia akan menjawab, ko cari lah sendiri pada Pak Cik Google, manusia jenis ini mmg wujud, tetapi kita tidak boleh salahkan mereka, cuba cari rakan-rakan yg agak supportive(tidak mustahil dgn bantuan Allah).
Apabila telah berjaya, jgn pula kita bersifat sombong dan bongkak, kita harus sedar kejayaan kita sekarang ialah hasil bantuan rakan-rakan, keluarga dan sebagainya, cuba kita contribute balik kepada masyarakat mengikut kemampuan kita, jgn kita menganggap kejayaan adalah milik mutlak kita, itu adalah satu konsep yg kurang tepat, jgn lupa kepada org2 yg telah berjasa kepada kita dengan izin Allah. Sifat lupa ini kita elakkan, ingat rezeki yg kita dapati datangnya dari Allah, bila2 masa tuhan boleh ambil kembali.
Tidak lokek ilmu jika ada org bertanya kepada kita, jika kita menolong org lain, Allah akan menolong kita. Tidak menganggap org bertanya itu sebagai satu beban bagi kita.
Semoga pengalaman kongsikan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat pd sekalian, mungkin ada yg telah tahu, mana yg kurang tahu mungkin boleh amik pengajaran, cuma ringkaskan dalam bentuk yg agak berstruktur. Semoga ilmu ini dapat kita sebarkan kepada yg lain.
Wallahuaklam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment