FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION
SEMESTER JANUARY 2011
CBMT 2103
INTRODUCTION TO MULTIMEDIA TECHNOLOGY
MATRICULATION NO. : 780222055921002
IDENTITY CARD NO. : 780222-05-5921
TELEPHONE NO. : 0192553069
E-MAIL : mohd.izuddin@mmu.edu.my
LEARNING CENTRE : UKM, Bangi
Isi Kandungan Halaman
1.0 Nama Perisian 3
2.0 Audien sasaran 5
3.0 Elemen Yang Digunakan 6
4.0 Dua kesan membuang Elemen Multimedia 7
5.0 Kesan menggantikan elemen dengan elemen yg lain 8
6.0 Kehadiran dan justifikasi kawalan/peralatan navigasi 11
7.0 Kelebihan dan kelemahan perisian yang dipilih 12
8.0 Cadangan penambahbaikan produk 13
9.0 Lampiran 14
1.0 Nama Perisian
Gambar 1:murai.com.my
Untuk perisian “infotainment” saya memilih www.murai.com - saya memilih www.murai.com sebagai perisian infotainment saya. Ini adalah kerana murai.com mempunyai unsur-unsur maklumat dan juga hiburan. Banyak elemen-elemen multimedia yg dimasukkan dalam halaman web ini. Gambar-gambar yg ditunjukkan secara bergerak juga menambahkan daya tarikan kepada halaman web ini. Teks yang disusun secara sistematik juga merupakan elemen penting yang membuatkan website ini kelihatan menarik dan berinformasi. Di dalam halaman web ini juga tidak mengandungi terlalu banyak unsur teks. Unsur teks yang terlalu banyak mampu untuk membuatkan pembaca hilang tumpuan. Terdapat juga unsur interaktif di dalam web ini dimana kita buleh memilih tajuk cerita yang kita inginkan. Unsur ‘font’ juga adalah tidak bersifat ‘decorative’ memudahkan pembaca untuk membaca apa yang tertulis dalam petikan cerita. Tulisan adalah bersifat kemas, mudah, rasional dan berobjektif.
Gambar 2: 2+2 for kids
Untuk perisian ‘edutainment’, saya lebih berminat untuk memilih perisian yang didapati dari laman sesawang http://www.funnymathforkids.com, nama perisian tersebut ialah 2+2 for kids. Perisian ini saya fikir sangat efektif kepada kanak-kanak yang ingin menguasai matematik pada tahap satu. Tahap satu boleh kita kategorikan sabagai darjah satu, dua dan tiga. Perisian ini juga telah merangkul banyak anugerah di antaranya 5 star rating sofotex, 5 star rating soft32.com dan bermacam jenis anugerah lagi. Ini membuktikan bahawa perisian ini mempunyai kelebihan tersendiri.
2.0 Audien sasaran
Murai.com.my
Untuk Audien sasaran pula saya sasarkan kepada golongan remaja dan juga dewasa yang menggemari maklumat yang digabungkan dengan hiburan. Murai.com.my menjanjikan maklumat artis terkini dan pelbagai lagi maklumat terkinik tentang dunia hiburan. Sesiapa yang melayari web ini, pasti akan merasa kehebatanya. Golongan artis juga adalah salah satu audien sasaran kerana dengan cara ini, mereka dapat mengetahui perkembangan dunia seni tanah air serta perkembangan kerjaya rakan-rakan di dalam ihdustri hiburan.
2+2 for kids
Untuk perisian “edutainment” saya mensasarkan kepada golongan kanak-kanak yang baru hendak mengenal huruf. Ini termasuklah pengenalan pengenalan huruf dan perkataan yang mudah. Perisian “edutainment boleh menjadi pelengkap kepada kanak-kanak untuk memudahkan proses pembelajaran kepada mereka. Ia boleh membantu kanak-kanak untuk meningkatkan prestasi mereka serta memudahkan mereka untuk belajar membaca. Kecantikan perisian ini ialah ia bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mengajar kanak-kanak untuk mengingat huruf dan nombor. Ia juga mengajar bagaimana hendak menyebut dan mengeja huruf. Kanak-kanak juga boleh menggunakan perisian ini tanpa bimbingan dari guru atau tenaga pengajar. Methodology yang digunakan untuk memebangunkan perisian ini ialah SDLC. Perisian lain yang digunakan untuk membangunkan perisian ini ialah Macromedia Flash 5.0, Adobe Photoshop 7.0, Adobe Illustrator 10, Magic Music Maker 2005. Golongan sasar yang lebih spesifik ialah kepada pelajar sekolah rendah tahap satu.
3.0 Elemen Yang Digunakan
Murai.com.my
Untuk website murai.com.my saya dapat melihat pelbagai jenis animasi yang digunakan.
Teks juga ada digunakan dalam halaman sesawang ini untuk menerangkan apa yang sedang berlaku. Teks juga disokong oleh gambar yang juga mampu menambahkan kefahaman para pembaca. Sesungguhnya halaman sesawang ini sarat dengan pelbagai jenis maklumat beserta dengan hiburan. Ini adalah kerana ia menggabungkan pelbagai elemen multimedia yang mampu menjadi daya tarikan kepada pembaca. Banyak elemen grafik yang digunakan oleh webmaster untuk menambahkan kecerian halaman sesawang. Di samping itu terdapat juga elemen-elemen animasi, teks dan video. Contoh elemen animasi yang terdapat dalam sistem ialah ruangan iklan. Teks pula banyak digunakan untuk menerangkan mengenai sesuatu grafik atau video.
2+2 for kids
Multimedia yang digunakan sebagai contoh animasi, audio, teks, grafik dan video
Elemen yg banyak digunakan ialah elemen animasi, audio, teks, grafik dan video, elemen animasi terbahagi kepada dua iaitu animasi tradisional dan animasi komputer. Animasi komputer menghasilkan animasi secara digital. Animasi secara digital pula terbahagi kepada 2D dan 3D. Perisian edutainment ini banyak menggunakan elemen animasi, audio dan video. Elemen teks banyak digunakan untuk memaparkan nombor-nombor yang terlibat dalam operasi bahagi, darab, tambah dan sebagainya. Elemen audio digunakan untuk memberitahu pengguna perisian bahawa jawapan yang diberi salah atau pun betul. Elemen grafik banyak digunakan untuk membina antaramuka perisian. Terdapat juga animasi yang berfungsi untuk menambahkan daya tarikan kepada perisian.
4.0 Dua kesan membuang Elemen Multimedia
Murai.com.my
Sekiranya anda membuang separuh atau kesemua elemen-elemen tersebut maka halaman web tersebut akan hilang daya tarikannya. Sebagai contoh, jika kita meletakkan grafik dalam warna hitam putih contohnya maka daya tarikan kepada halaman web akan berkurangan. Elemen-elemen multimedia tersebut amat penting untuk memastikan pelajar dapat mengekalkan minat tehadap bacaannya. Satu kesan lagi ialah jika kita membuang elemen multimedia, mungkin halaman web tidak lagi bersifat interaktif dan membosankan.
2+2 for kids
Apabila kita membuang separuh ada kesemua elemen dalam perisian “edutainment” ini maka, antaramuka perisian menjadi tidak menarik dan mungkin tidak mampu menarik golongan sasaran untuk mencuba perisian ini. Kesan lain yang mungkin ialah mungkin ilmu yang hendak disampaikan kepada para pelajar tidak mencapai tahap yang diingini.Oleh itu mungkin objektif pengajaran tidak sampai kepada matlamatnya.
4.0 Kesan menggantikan elemen dengan elemen yg lain
Murai.com.my
Jika kita menggantikan elemen grafik dengan teks contohnya, selalunya keadaan laman web akan menjadi kurang menarik dan tidak akan ada ramai penugunjung yang akan melawat laman web kita. Tetapi sebaliknya kita menggantikan elemen animasi dengan elemen grafik, maka laman web kita akan kelihatan lebih menarik. Elemen-elemen dalam laman web ini juga mudah dipelajari dan mesra pengguna.Jika banyak elemen animasi digunakan menggantikan teks, kita mungkin terpaksa menaik taraf sumber ingatan serta pemproses komputer. Ini semua dilaksanakan untuk menyokong aplikasi terkini multimedia.
2+2 for kids
Dalam perkembangan teknologi pada hari ini, pembelajaran menggunakan komputer adalah satu perkara yang normal. Ramai kanak-kanak mendapat menfaat dalam pembelajaran yang menggabungkan hiburan dan juga pembelajaran. Kaedah ini membawa banyak kelebihan kepada kanak-kanak. Untuk permulaan, kanak-kanak di ajar untuk mengenal huruf dan nombor, apabila kanak-kanak mampu untuk menggabungkan huruf-huruf tersebut maka adalah lebih mudah untuk kanak-kanak belajar membaca. Sebanarnya, kanak-kanak boleh diajar menggunakan pelbagai kaedah, melalui perisian “edutainment” ini sebenarnya merupakan kaedah terkini berbanding kaedah konvesional yang banyak menitikberatkan pada kaedah membaca semata-mata. Kaedah ini sebenarnya menggunakan hampir keseluruhan anggota deria yang ada pada manusia. Jadi ia secara tidak langsung memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat juga kajian yang dijalankan pencapaian kanak-kanak dalam bidang akademik mengalami peningkatan menggunakan kaedah terbaru ini. Kaedah pembelajaran ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak normal, tetapi kanak-kanak yang mempunyai masalah berkaitan dengan kecacatan otak juga boleh memberi manfaat kepada mereka. Kajian menunjukkan respon kanak-kanak adalah lebih baik terhadap kaedah terbaru ini berbanding kaedah konvesional dahulu. Kaedah ini juga boleh membantu perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak. Disamaping itu, antaramuka yang menarik juga membantu kanak-kanak untuk lebih minat berkomunikasi dengan software tersebut. Menu Grafik yang mudah dan butang-butang yang beranimasi membantu kanak-kanak merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dalam melayari perisian tersebut. Ada sedikit karektor kartun yang membantu kanak-kanak dalam menggunakan perisian ini. Sebenarnya kaedah pembelajaran dibantu oleh unsur-unsur multimedia ini mengandungi banyak faedah.Sebagai contoh, ia hanya menggunakan masa yang singkat untuk menguasai pembelajaran. Di samping itu, ia mampu untuk mengurangkan kos di samping memberi pengalaman yang menggembirakan pada kanak-kanak. Kaedah pembelajaran ini ternyata lebih kreatif, menarik, cekap dan efektif. Sebenarnya pembelajaran menggunakan unsur multimedia adalah lebih kepada proses pembelajaran dari teknologi yang digunakan. Potensi perisian ini adalah bergantung kepada pengguna itu sendiri. Ibu-bapa dan tenaga pengajar hendaklah mengambil kelebihan kemampuan bahan multimedia tanpa hilang fokus keperluan kanak-kanak dalam skop pembelajaran. Multimedia interaktif mempunyai potensi untuk mengubah cara kita bekerja, belajar dan berkomunikasi. Melalui kaedah ini sistem pembelajaran adalah bersifat aktif untuk memastikan kanak-kanak membuat latihan praktikal, bukan hanya melihat dan membaca sahaja. Di samping itu terdapat juga cabaran yang perlu ditangani seperti antaramuka perisian yang tidak teratur dan sebagainya. Ini semua boleh diatasi dengan kaedah “design” yang betul. Di Samping itu kaedah pembelajaran ini dapat meningkatkan daya ingatan dan motivasi kepada kanak-kanak. Kaedah design yang baik mampu untuk meningkatkan dan mengekalkan minat kanak-kanak untuk menggunakan kaedah pembelajaran ini.
Kesan akibat dari menggantikan sesuatu elemen dengan elemen yang lain ialah sebagai contoh kita menggantikan kesan teks kepada grafik ialah sesuatu pemahaman itu mungkin menjadi lebih cepat. Kanak-kanak sifat semulajadinya suka bermain oleh itu permainan itu kita gabungkan dengan pembelajaran maka akhirnya manfaat akan diterima oleh kanak-kanak itu sendiri. Ini sama sekali mengubah perhubungan di antara permainan dan pembelajaran. Pada masa dahulu, guru dan ibu-bapa tidak mengetahui kepentingan permainan untuk dijadikan satu alat dalam pembelajaran. “Edutainment” sebenarnya adalah permainan hybrid yang bergantung kepada visual dan narratif yang berbentuk permainan. Tujuan utama “edutainment” ialah untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak melalui explorasi, cuba-jaya dan pengulangan tanpa disedari kanak-kanak telah mempelajari ilmu tanpa disedari oleh mereka. Edutainment juga banyak bergantung kepada images, animasi, bunyi yang berkaitan dengan deria kanak-kanak. Edutainment juga mempunyai matlamat pembelajaran setelah melalui proses ini. Para pengajar perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran pada masa ini untuk meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam subjek yang diajar. Kanak-kanak lebih suka animasi dan gambar bebanding dari membaca buku. Di samping itu perisian “edutainment” boleh digunakan berulang kali dan di mana sahaja. “Edutainment” sebanarnya adalah sama dengan “Infotainment”, Cuma perbezaannya ialah “infotainment” memberikan kita maklumat. Dengam terdapat perisian berbentuk “infotainment ini maka kebergantungan kepada guru dapat dikurangkan. Kanak-kanak akan mula belajar berdikari. Perisian “edutainment ini amat sesuai untuk menjadi alat bantu mengajar guru-guru bagi menambahkan kefahaman murid-murid.
5.0 Kehadiran dan justifikasi kawalan/peralatan navigasi
Murai.com.my
Di dalam laman sesawang ini mengandungi banyak butang, hiperteks dan hiperpaut yang berfungsi sebagai kawalan/peralatan navigasi. Di dalam perisian ini juga dihubungkan dengan “facebook” , dan dengan cara ini lebih ramai lagi akan mengetahui laman web murai.com.my.Dengan cara ini, lebih ramai rakan-rakan dapat kita kumpulkan. Pengguna juga boleh mendaftarkan diri sebagai ahli dalam laman web ini. Jelas laman web ini bukan sahaja memberi maklumat tetapi juga sebagai tapak untuk bersosial.
2+2 for kids
Pendekatan “edutainment” mempunyai kehadiran dan justifikasi kawalan/peralatan navigasi pada perisian.
Gambar 3: Contoh navigasi di 2+2 for kids
Di atas menunjukkn terdapat perbagai jenis nagivasi pada perisian, di antaramuka perisian terdapatnya simbol operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
6.0 Kelebihan dan kelemahan perisian yang dipilih
Murai.com.my
Kelebihan
1. Butang-butang hypeterks dan hiperpaut mudah untuk difahami.
2. Menggunakan perkataan dan ayat yang mudah difahami.
3. Penggunaan menu dalam perisian ini dapat mengurangkan beban mengingat berbanding dengan penggunaan baris-arahan. Aplikasi yang menggunakan antaramuka berasaskan menu adalah lebih memuaskan, berkuasa dan fleksibel berbanding aplikasi yang menggunakan sistem baris-arahan.
Kelemahan
1. Tiada elemen audio dalam laman web murai.com.my. Ini mungkin boleh menyebabkan pengguna cepat merasa bosan dan tertekan.
2. Terlalu banyak teks yang boleh menyebabkan pembaca hilang fokus.
3. Padat dengan grafik.
2+2 for kids
Kelebihan
1. Mengandungi silibus berkaitan dengan pengiraan, penambahan, penolakan, perbandingan nombor, operasi darab dan bahagi.
2. 21 latihan yang menarik
3. Penggunaan program yang mudah
4. 16 bit grafik dengan resolusi tinggi
5. Output dari paparan boleh dicetak
6. Bahasa penghantar boleh diubah
Kelemahan
1. Aktiviti di dalam perisian perlu ditambah lagi, mungkin boleh dicipta aktiviti di peringkat permulaan, pertengahan dan cemerlang.
2. Unsur-unsur interaktif perlu ditambah lagi di dalam perisian, ini untuk menambahkan lagi minat pengguna kepada perisian ini.
3. Musik yang tidak menarik, mungkin boleh diletakkan musik yang telah mendapat sambutan orang ramai dan terkenal.
7.0 Cadangan-cadangan untuk memperbaiki produk
Murai.com.my
Untuk halaman sesawang murai.com.my, saya mencadangkan agar unsur audio dimasukkan ke dalam isi kandungan agar menjadi lebih menarik . Unsur audio tersebut hendaklah dimasukkan lagu-lagu yang menarik, jgn hanya memasukkan lagu-lagu yang sama. Susun-atur skrin perlu dikaji semula agar laman web nampak terurus dan kemas. Mungkin di dalam perisian tersebut boleh diletakkan “yahoo messenger” agar para pengguna boleh berkomunikasi secara “live”. Mungkin juga panggilan suara melalui internet boleh diwujudkan di mana pengguna boleh berkomunikasi menggunakan suara melalui internet.
2+2 for kids
Untuk perisian “edutainment” ini mungkin banyak lagi aktiviti yang boleh ditambah di dalamnya. Selain dari itu rekabentuk antaramuka yang mudah dan ringkas boleh ditingkatkan lagi pada masa hadapan.Rekabentuk yang mudah mampu untuk menarik perhatian pengguna. Elemen grafik juga boleh ditambah agar halaman sesawang bertambah ceria. Elemen teks yang mudah adalah sangat penting kanak-kanak. Perkataan yang mudah juga haruslah diletak sebagai teks agar kanak-kanak tidak terkeliru. Jika semua perkara ini diambil kira mungkin perisian ini boleh dikomersilkan. Sukatan ilmu mungkin perlu diperluaskan lagi agar perisian ini bukan sahaja sesuai untuk tahap 1, tetapi boleh dipertingkatkan lagi untuk kegunaan murid-murid tahap 2.
Lampiran
Alvanet.(2008).Welcome to Alvanet.[Online].Available: http://www.alvanet.com/.[2011, Feb 29]
Whatis.com(2008). Infotainment.[Online].Available: http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci538342,00.html.[2011, March 15]
Digital Five Sdn. Bhd.(2010).Murai.[Online].Available: http://www.murai.com.my/.[2011, Feb 2008]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment